MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN MURID
Antara kebaikan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah ialah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan murid. Dengan adanya semangat patriotisme dalam diri murid maka mereka dapat menanam sikap cinta akan negara pada setiap masa. Antara aktiviti yang boleh diadakan dan dapat memupuk semangat patriotisme ialah pameran dan tayangan filem tentang peristiwa tuntutan kemerdekaan negara kita. Murid yang mempunyai semangat patriotism ini pasti akan mempertahankan negara daripada ancaman musuh pada sepanjang masa.
MENDIDIK PELAJAR MENGHARGAI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan membolehkan murid menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesungguhnya jasa pejuang kemerdekaan patut dihargai. Pejuang kemerdekaan ini telah banyak berkorban harta dan nyawa untuk memerdekakan negara. Murid juga boleh menghargai jasa pejuang kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah dengan membuat buku skrap dan biografi tentang tokoh-tokoh kemerdekaan negara.
MEMUPUK PERPADUAN
Selain itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan amat panting bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Antara aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan yang boleh memupuk perpaduan ialah Program Kibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik. Murid yang sedar tentang kepentingan perpaduan kaum pasti tidak akan melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan kaum lain di sekolah yang boleh membawa kepada pergaduhan atau perselisihan faham.
MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN MURID
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid. Amalan nilai-nilai murni ini penting bagi memelihara keharmonian hidup murid dl sekolah. Antara nilai-nilal murni tersebut ialah bekerjasama, bertolak ansur dan berfikiran positif. Antara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dapat memupuk nilai-nilai murni adalah Program Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Ambang Merdeka.
MENINGKATKAN PENGETAHUAN PELAJAR MENGENAI PERISTIWA KEMERDEKAAN
Di samping itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga membolehkan murid mendapat pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan. Berbekalkan pengetahuan ini, murid pasti mampu menjawab soalan-soalan yang berkaitan kemerdekaan dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Malaysia. Oleh itu, murid pasti akan dapat lulus dengan cemerlang dalam subjek-subjek tersebut. Pengetahuan yang diperolehi oleh murid bukan sahaja dapat digunakan sewaktu peperiksaan di sekolah, malah dapat digunakan selepas zaman persekolahan.
Terima Kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang amat berguna ini! Ianya amat membantu saya dalam menyiapkan KERJA KURSUS SEJARAH PT3
ReplyDeletesama sama ya dik
DeleteUchak hahaha
Deleteanata wa baka
ReplyDelete