SELAMAT DATANG KE BLOG SK TUN HAJI ABDUL MALEK

SELAMAT DATANG KE BLOG SK TUN HAJI ABDUL MALEK.SEKOLAH CLUSTER KECEMERLANGAN

Monday, August 24, 2015

LAGU KEBANGSAAN 2015 - SEHATI SEJIWA




SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2015

Assalammualaikum dan salam sehati sejiwa... 
Pada minggu ini, warga SKTHAM akan menjalankan beberapa aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.


Di sini di lampirkan tentatif program sepanjang minggu ini. Acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan peringkat SKTHAM akan diadakan pada hari Jumaat.

Tentatif program sepanjang minggu sambutan Hari Kebangsaan


Tentatif Program Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ( Jumaat )


PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH. APAKAH KEBAIKANNYA?

Kemerdekaan membawa erti yang amat besar kepada sesebuah negara. Begitu juga dengan negara kita. Sambutan bulan kemerdekaan seharusnya melibatkan semua peringkat masyarakat terutamanya pada peringkat murid sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Sebagai warga sekolah sesungguhnya kita harus mengetahui sambutan Bulan Kemerdekaan ini memang wajar diadakan di peringkat sekolah. Kenapa kita perlu mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah? Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi daripada Program Sambutan Bulan kemerdekaan di sekolah.


MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN MURID
Antara kebaikan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah ialah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan murid. Dengan adanya semangat patriotisme dalam diri murid maka mereka  dapat menanam sikap cinta akan negara pada setiap masa. Antara aktiviti yang boleh diadakan dan dapat memupuk semangat patriotisme ialah pameran dan tayangan filem tentang peristiwa tuntutan kemerdekaan negara kita. Murid yang mempunyai semangat patriotism ini pasti akan mempertahankan negara daripada ancaman musuh pada sepanjang masa.

MENDIDIK PELAJAR MENGHARGAI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan membolehkan murid menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesungguhnya jasa pejuang kemerdekaan patut dihargai. Pejuang kemerdekaan ini telah banyak berkorban harta dan nyawa untuk memerdekakan negara. Murid juga boleh menghargai jasa pejuang kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah dengan membuat buku skrap dan biografi tentang tokoh-tokoh  kemerdekaan negara.

MEMUPUK PERPADUAN
Selain itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan amat panting bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Antara aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan yang boleh memupuk perpaduan  ialah Program Kibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik. Murid yang sedar tentang kepentingan perpaduan kaum pasti tidak akan melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan kaum lain di sekolah yang boleh membawa kepada pergaduhan atau perselisihan faham.

MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN MURID
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid. Amalan nilai-nilai murni ini penting bagi memelihara keharmonian hidup murid dl sekolah. Antara nilai-nilal murni tersebut ialah bekerjasama, bertolak ansur dan berfikiran positif. Antara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dapat memupuk nilai-nilai murni adalah Program Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Ambang Merdeka.

MENINGKATKAN PENGETAHUAN PELAJAR MENGENAI PERISTIWA KEMERDEKAAN
Di samping itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga membolehkan murid mendapat pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan. Berbekalkan pengetahuan ini, murid pasti mampu menjawab soalan-soalan yang  berkaitan kemerdekaan dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Malaysia. Oleh itu, murid pasti akan dapat lulus dengan cemerlang dalam subjek-subjek tersebut. Pengetahuan yang diperolehi oleh murid bukan sahaja dapat digunakan sewaktu peperiksaan di sekolah, malah dapat digunakan selepas zaman persekolahan.

Thursday, August 20, 2015

MAKLUMAN PENTING!!





** PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA SKTHAM:
     Anda dikehendaki berkumpul di sekolah pada pukul 8.00pg. 
     Sekian. Harap maklum.

Semua warga SKTHAM dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada peserta sekolah.

JOM KITA BERAMAI-RAMAI  KE OLE-OLE SUPERBOWL MYDIN MALL SABTU INI!!!


Sunday, August 16, 2015

Adab Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah salah satu ibadah yang dituntut dalam agama. Ilmu yang berkat adalah sangat bermakna kepada kita. Bagi mendapatkan ilmu yang berkat, maka kita perlulah mengamalkan adab-adab tertentu. Di bawah terdapat beberapa adab yang boleh kita amalkan semasa menuntut ilmu.


# Semoga kita semua berjaya mendapat ilmu yang berkat!!!


Saturday, August 15, 2015

Tips Untuk Calon UPSR

UPSR semakin hampir...!!! Di sini terdapat beberapa tips untuk adik-adik yang bakal menduduki UPSR. Semoga berjaya semua. Kejayaan pasti menjadi milik anda jika anda terus berusaha!!


Thursday, August 13, 2015