SELAMAT DATANG KE BLOG SK TUN HAJI ABDUL MALEK

SELAMAT DATANG KE BLOG SK TUN HAJI ABDUL MALEK.SEKOLAH CLUSTER KECEMERLANGAN

PROFIL

LENCANA SEKOLAH






SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Penajis, Rembau didirikan pada tanggal 9 September 1906.  Pada asalnya bangunan sekolah tidak mempunyai bilik darjah. Bangunan sekolah mempunyai tiang rendah dan beratap rumbia. 

Sekolah ini telah dibina bangunan baru sejak tahun 2010 lagi. Pada 25 Mei 2012, bangunan ini telah diserahkan secara rasmi oleh JKR Rembau walaupun telah mula beroperasi sejak Januari 2012. Bangunan sekolah ini hanya terdiri daripada satu blok empat tingkat yang menempatkan semua kelas dan bilik-bilik khas. Pada tahun 2013, usaha untuk menukar nama sekolah telah dimulakan oleh pihak sekolah dengan persetujuan pihak PIBG. Nama Tun Haji Abdul Malek adalah nama baru sekolah sempena mengambil nama Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama. Perasmian bangunan baru dan nama sekolah telah dilakukan oleh YAB ADUN Kota.



MOTO SEKOLAH

Ilmu Pelita Hidup




VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"



MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti 
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"



LAGU SEKOLAH


Harum namamu 
Tersemat di hati
Sekolah yang ku sayangi

Tabahkan hati 
Kuatkanlah tekad 
Capai segala matlamat

Guru cemerlang
Pelajar terbilang 
Untuk mencapai wawasan

Niat nan suci
Menabur budi
Untuk mencapai visi

Harum nama mu 
tersemat di hati
SKTHAM yang ku sayangi
SKTHAM yang ku sanjungi
SKTHAM tetap di hati.....

1 comment:

  1. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya dari darjah satu hingga darjah enam saya minta maaf kalau terbuat silap dari putera norhafiz bin yuzaimi anak cikgu siti aidah cikgu hem sk tun haji abd malek

    ReplyDelete